love of my life

love of my life

Tuesday, January 29, 2013

berangan x salah

Malam ni nak update pasal angan-angan nak deco-deco rumah tp nak sentuh pasal grill ngan kitchen kabinet je dulu. Heehehe maklum la excited sgt sbb rumah sendiri baru plak tu kan.Walaupun kunci rumah x dpt lg tp berangan jap x salah kan kan. Sudah menjadi impian setiap individu utk menghias rumah baru mereka. walaupun budget ciput tp layan je la angan-anganku ini mana la tau ada yg mungkin jadi kenyataan ke kan hehehe. Bab-bab mendeco rumah ni aku sukakan hiasan yg simple dan sedap mata memandang. Mujur la citarasa aku dan suami lebih kurang sama hehehe. Untuk grill rumah aku suka design yg simple walaupun dah ramai yg pkai design ni tp bg aku ia tampak cantik, mewah dan simple. 

Cantik

yg ni pon ok
Hehehe design di atas aku suka sebab simple, kemas, cantik, senang nak cuci bla bla bla.......hope  boleh jadi kenyataan la. Kitchen kabinet plak ibarat nyawa pada kaum isteri surirumah sebabnya hampir 1/3 masa dia akan habis di sini. Jadi aku nak la ruang dapur ku kemas baru la semangat nak memasak x gitu. 

antara kitchen kabinet impian


Since dapur aku kecil je so target aku usha kitchen kabinet yg kecil-kecil aje dan simple. hope ia within budget la. huhuhu 

permata hatiku

Permatahatiku

       Terasa tenang melihat aksi-aksi si kecik buah cinta kami suami isteri. Hajar Unaisah nama diberi seindah rupa semolek akhlak hendaknya amin. Tinggal beberapa hari lg  genap la usia baby unaisah setahun. Terasa puas hati melihat anak membesar depan mata. Aku antara yang bertuah walaupun aku tidak berkerja dan berpendapatan tapi aku mampu utk melihat dan membesarkan anakku depan mata. Detik-detik sewaktu baby unaisah membesar merupakan pengalaman yg banyak mengajarku erti kesabaran dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Alhamdulillah terima kasih allah atas kurniaan yg terlalu indah buat kami suami isteri. Doaku dan suami semoga anak kami menjadi wanita yg solehah yg menghormati dan menyayangi org tua, cerdik pintar yg menjadi kebanggaan kami sebagai ibubapa. AMIN... 

rumah baru

hehehe aritu aku dan suami saje la usha rumah baru, mana la tahu kot-kot nak beli ke kan huhuhu......Tmn perumahan ni agak baru jgk la kat bahau..Kalau sebut mesti org tahu..Mula-mula kami pergi office dulu tgk mak aih dh byk yg sold out rupanya yg tinggal lot non-bumi aje adoi kalau lot no-bumi mmg mahal la sikit kan tp xpe kami pon usha je la dulu sambil tu terus request nak tgk rumah contoh..Walaupun rumah teres setingkat tp luas rumah ni. Memang sesuai sgt la untuk keluarga kecil mcm kami ni. Pada mulanya kami langsung x plan nak book jauh lagi nak beli tp lepas je tgk rumah contoh tu kami pergi econsave, masa kat econsave tu la tertiba buat decision nak beli rumah ni jgk huhuhu...
rumah contoh

Ni la contoh rumah kami, rumah ni dh 100% siap dah tinggal nak masuk meter air dan letrik je la




Petang tu jgk kami bayar booking dan buat permohonan online awal januari dan 14 selepas tu loan kami dh pon approved sekarang proceed step seterusnya.

Tuesday, January 22, 2013

mini pavlova

Mesti korang pernah makan atau dengar pasal pavlova kan. Sejenis pencuci mulut antarabangsa yang sangat sedap dengan gabungan masam buahan, manis meringue dan lemak berkrim icing. hmm nyum nyum kecur air liur kan hehehe,  Kalau kat luar jual memang boleh tahan mahal harganya. Sebenarnya pavlova ni ada banyak versi cara nak membuatnya. tapi asasnya tetap sama. Resepi ni aku ambil dari tv dalam channel food network challenge channel 727 astro tp aku ubah sikit sbb kalu taruk cream of tat tar ngan cuka rase x sedap hehehe.


Bahan Merigue

 4 biji putih telur gred A (suhu bilik)
150 gram gula castor
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla (ku tukarkan dgn air rose stgh sudu kecil)
1 sudu kecil cuka makan (x letak)
1 sudu kecil cream of tar tar (x letak)

Bahan Cream

Whipping cream non-dairy
1 sudu besar gula ( depends ada whipping cream yang tak perlu tambah gula)

Bahan Topping

buah-buah masam seperti strawberri, kiwi, anggur, oren, dragon fruit, rasberri, blackberri apa-apa saja buah yang masam. (buah manis kurang sesuai sebab marigue dah manis dan dah berlemak)

Pantang larang

Pastikan mangkuk dan mixer bersih dari segala habuk atau air atau minyak
pastikan tiada kuning telur termasuk walaupun sedikit kalau tidak merigue takkan menjadi


Cara menbuat Merigue
1. Sediakan baking paper, buat bulatan ikut size kesukaan dengan pensil kemudian terbalikkan baking
    paper
    tadi tujuannya tak mahu bagi pensil  melekat pada merigue.
2. Putarkan putih telur guna high speed mixer sampai kembang
3. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil putar sampai gula habis
4. Masukkan tepung jagung, esen vanilla, cream of tar tar dan cuka makan sambil putar.
5. Bila merigue dh kembang matikkan mixer. (nak tahu merigue jadi ke tak cuba telangkupkan dia kalau
    merigue tu x bergerak kira menjadi la tu)
6. Masukkan ke dalam piping beg atau terus tuang atas baking paper tadi. bakarkan pada suhu 160 C
   selama 1 jam 45 minit sampai kekuningan dan rangup diluarnya. jangan keluarkan merigue tadi tutup api
   dan biarkan ia sejuk dalam oven yg dibuka sedikit.


Cara membuat cream
1. Putarkan whipping cream dan gula kembang macam icing kek tu.
2. Potong buahan mengikut citarasa korang.
3. Simpan dalam peti sejuk.



Pavlova ni sedap dimakan bila sejuk. Selamat mencuba !



homemade creampuff

Hari ini aku just nak story al kisah creampuff aku. Mulut ni teringin nak mkn dessert manis-manis gitu so aku pon search la dalam internet sekali terpandangkan creampuff. Nyum nyum mudah je rupanya buat creampuff ni dan x mengeluarkan belanja yang banyak. Aku pon terus berlari ke dapur tgk bahan-bahan nak buat creampuff. YES! kesemua bahan diperlukan ada. Apalagi aku pon mulakan misi menge'puff' hehehe. Dan ini la hasilnya..Ok la kan utk percubaan yg pertama..huu


My Homemade Creampuff
Bahan puff

150 gram tepung gandum
100 gram margerine/butter
90 ml air 
secubit garam
3 biji telur gred A ( suhu bilik)

Bahan Inti kastard

400 ml susu cair/ susu segar (atau 200 ml susu cair + 200ml whipping cream)
5 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Topping

Gulu ising - secukupnya (aku guna gula biasa yg di'blender'kan je)


Cara membuat puff
1. Panaskan margerine/ butter, secubit garam dan air smpai mendidih.
2. Sambil itu panaskan oven 150 C dan sediakan lengat yg disapukan dgn  sedikit majerine.
3. Bila dah mendidih margarine tadi,  masukkan tepung dan kacau laju-laju sampai ia x melekat pd periuk.
    kemudian tutup api.
4. Masukkan doh yg dimasak td ke dalam mangkuk kemudian putar guna mixer smpai ia jadi suam.
5. Masukkan esen vanilla kemudian matikan mixer.
6. Masukkan telur satu persatu sambil kacau telur tersebut dgn spatula atau garfu. kacau sampai ia lembut 
   dan sebati.
7. Masukkan adunan tadi ke dalam piping beg. Dan pipe ke atas lengat td, buat bentuk seakan-akan bentuk   
    cengkerang siput. size depends la mcm aku suka yg bite size kecil molek gitu.
8. Bakarkan pada 180 C (bergantung pd jenis oven jg) selama 25 minit hingga ia masak kekuningan.


Cara menbuat inti kastard

1. Satukan kesemua bahan dan masak atas api yg sederhana sehingga pekat.
2. Masukkan dalam piping beg. (guna pipe muncung halus depan)
3. Pipe ke dalam puff tadi. (atau belahkan puff tapi jgn sampai terputus pastu pipe di tengah-tengah puff tu.
4. Last sekali taburkan dengan gula icing.


Selamat mencuba :)