love of my life

love of my life

Tuesday, January 22, 2013

mini pavlova

Mesti korang pernah makan atau dengar pasal pavlova kan. Sejenis pencuci mulut antarabangsa yang sangat sedap dengan gabungan masam buahan, manis meringue dan lemak berkrim icing. hmm nyum nyum kecur air liur kan hehehe,  Kalau kat luar jual memang boleh tahan mahal harganya. Sebenarnya pavlova ni ada banyak versi cara nak membuatnya. tapi asasnya tetap sama. Resepi ni aku ambil dari tv dalam channel food network challenge channel 727 astro tp aku ubah sikit sbb kalu taruk cream of tat tar ngan cuka rase x sedap hehehe.


Bahan Merigue

 4 biji putih telur gred A (suhu bilik)
150 gram gula castor
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla (ku tukarkan dgn air rose stgh sudu kecil)
1 sudu kecil cuka makan (x letak)
1 sudu kecil cream of tar tar (x letak)

Bahan Cream

Whipping cream non-dairy
1 sudu besar gula ( depends ada whipping cream yang tak perlu tambah gula)

Bahan Topping

buah-buah masam seperti strawberri, kiwi, anggur, oren, dragon fruit, rasberri, blackberri apa-apa saja buah yang masam. (buah manis kurang sesuai sebab marigue dah manis dan dah berlemak)

Pantang larang

Pastikan mangkuk dan mixer bersih dari segala habuk atau air atau minyak
pastikan tiada kuning telur termasuk walaupun sedikit kalau tidak merigue takkan menjadi


Cara menbuat Merigue
1. Sediakan baking paper, buat bulatan ikut size kesukaan dengan pensil kemudian terbalikkan baking
    paper
    tadi tujuannya tak mahu bagi pensil  melekat pada merigue.
2. Putarkan putih telur guna high speed mixer sampai kembang
3. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil putar sampai gula habis
4. Masukkan tepung jagung, esen vanilla, cream of tar tar dan cuka makan sambil putar.
5. Bila merigue dh kembang matikkan mixer. (nak tahu merigue jadi ke tak cuba telangkupkan dia kalau
    merigue tu x bergerak kira menjadi la tu)
6. Masukkan ke dalam piping beg atau terus tuang atas baking paper tadi. bakarkan pada suhu 160 C
   selama 1 jam 45 minit sampai kekuningan dan rangup diluarnya. jangan keluarkan merigue tadi tutup api
   dan biarkan ia sejuk dalam oven yg dibuka sedikit.


Cara membuat cream
1. Putarkan whipping cream dan gula kembang macam icing kek tu.
2. Potong buahan mengikut citarasa korang.
3. Simpan dalam peti sejuk.



Pavlova ni sedap dimakan bila sejuk. Selamat mencuba !



No comments:

Post a Comment